Tuesday, September 29, 2015

Usaha menangani masalah virus komputer

Rakan saya bertanya, bagaimana menangani masalah sistem yang sudah dijangkiti virus seperti shortcut dan sebagainya. Untuk pengguna komputer biasa, boleh download perisian berikut, install, update (jika dapat) dan run satu persatu mengikut turutan ini.

RKill
http://www.bleepingcomputer.com/download/rkill/
Malwarebytes Anti Malware https://www.malwarebytes.org/
AdwCleaner https://toolslib.net/downloads/viewdownload/1-adwcleaner/

Junkware Removal Tool
http://www.bleepingcomputer.com/download/junkware-removal-tool/

In Shaa Allah kebanyakan virus tersebut dapat dibuang dari sistem komputer. Bagi pengguna Windows 8 ke bawah, boleh juga menggunakan perisian berikut sebagai tambahan.

Combofix
http://www.bleepingcomputer.com/download/combofix/

Perlu saya ingatkan, ini bukannya penyelesaian mutlak. Ada pelbagai cara. Panduan di atas hanya salah satu caranya dan yang paling mudah untuk pengguna biasa.

Untuk menangani masalah ini secara total, pengguna itu sendiri mesti berhati-hati dalam urusan seharian mereka. Untuk perlindungan setiap masa, saya sendiri hanya menggunakan
antivirus percuma dari Microsoft

Windows Defender
(Windows Vista, 7, 8 & 8.1 Pada ruang Search taipkan Defender)
Microsoft Security Essential http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=5201 (Windows Xp)

Offline Update untuk Windows Defender/Microsoft Security Essential
http://www.microsoft.com/security/portal/definitions/adl.aspx

Semoga bermanfaat.


Frequent Ask Question:
Sistem komputer sudah dijangkiti virus dan tidak dapat install Malwarebyte.

Gunakan Malwarebytes Chameleon
https://www.malwarebytes.org/chameleon/

Perlukah saya membayar untuk menggunakan perisian ini?

Semuanya percuma dan Malwarebyte boleh digunakan untuk percubaan, cukup masa untuk membersihkan masalah virus anda. Anda boleh beli versi premium jika anda mahu.